BEBY MAEMBONG
BEBY MAEMBONG 

Jika itulah kata-kata yang hinggap di telinga insan lain, pastinya sudah rapuh dan mengalah untuk menjual bengkung tetapi Pengasas Slimdollz Trading Sdn. Bhd. ini menerima kata-kata kecaman itu sebagai cabaran untuk beliau dan suaminya bangkit dalam dunia perniagaan.

Menurut Beby, susah senang mereka suami-isteri untuk membina satu kehidupan yang selesa bersama empat orang cahaya mata, bukanlah sesuatu yang mudah.

Siapa sangka, Beby dan suaminya yang mesra dengan panggilan Ee, pernah tidur di dalam kereta kecil yang disewa RM200 sebulan dengan duit dalam poket hanya ada RM10.

"Saya bercita-cita sangat tinggi dan ada satu niat sahaja iaitu untuk berniaga tetapi sebagai seorang surirumah sepenuh masa, dahulunya saya tidak pandai bergaul dan bolehlah dikategorikan sebagai manusia anti-sosial.

"Apa yang saya tahu ialah duduk di rumah, membesarkan anak-anak manakala suami bekerja dan sepanjang masa saya di rumah, saya banyak menggunakan media sosial Facebook.

"Apabila saya memulakan perniagaan pada tahun 2011 dahulu bersama suami, juga menjual bengkung, saya menggunakan Facebook sebagai strategi pemasaran untuk menjual bengkung yang harganya antara RM4,000 sehingga RM7,000 seunit," kata Beby yang menjadi tetamu Mornink Blues, segmen bual pagi di Utusan Online, pagi tadi.

Kata Beby, beliau pernah tiga kali gagal dalam perniagaan dan dua kali berhadapan dengan situasi muflis namun digagahkan untuk bangkit bagi meneruskan bidang perniagaan yang sebati dalam dirinya.

BEBY MAEMBONG

BEBY MAEMBONG dan suaminya, Ee, gigih menjalankan perniagaan bengkung Slimdollz dan produk kesihatan Bebydollz Chocolate Slim. - UTUSAN ONLINE

Sebagai wanita 'business minded' kata Beby, kalau nak diikutkan di usia 10 tahun, beliau telah berniaga iaitu menjahit sendiri batu seremban dan dijual kepada rakan-rakan.

"Apabila diimbau kembali jatuh bangun dalam dunia perniagaan, saya tidak akan melupakan bagaimana modal yang dikeluarkan untuk membuka restoran hilang begitu sahaja apabila restoran yang dibuka, tidak menjadi. Terpaksa ditutup.

"Tidak serik kerana saya mahu berniaga, saya buka pula kilang menjahit pakaian dan itupun tidak menjadi. Bungkus!

"Apa yang saya pelajari ialah apabila kita membuat sesuatu perniagaan, jangan ikut apa yang orang suka sebaliknya kita berniaga apa yang kita suka dan bengkung atau apa sahaja tentang kecantikan bentuk badan memang satu jenis perniagaan impian saya dan suami," kata Beby yang bukan obses tetapi sukakan kecantikan.

Dengan status sebagai isteri dan mempunyai empat orang cahaya mata, Beby mempunyai saiz pinggang secekak iaitu 22 inci dan kunci untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing sebagaimana yang diidam-idamkan oleh wanita di luar sana ialah memakai bengkung Slimdollz pada setiap masa.

"Harga istimewa bengkung Slimdollz ialah jika beli satu bengkung harganya RM110 tetapi jika ditambah RM40 lagi, anda akan mendapat dua unit bengkung. Harga promosi ini terhad dan RM150 boleh campur mana mana produk rangkaian slimdollz.

"Bengkung yang digunapakai pada setiap masa ini perlu diganti kerana untuk mengelakkan bau masam peluh. Maka itulah, dengan harga istimewa ini, anda hanya bayar RM150 dan peroleh dua unit bengkung dari saiz S sehinggalah ke plus size," ujar Beby sambil memberi jaminan, bengkung Slimdollz bukan sahaja berkesan membantu untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan tetapi juga mudah untuk dipakai dan ditanggalkan.

EE

EE menunjukkan cara-cara pemakaian bengkung Slimdollz yang mudah dan tidak hanya untuk golongan wanita sahaja. -UTUSAN ONLINE

Seperkara lagi, ujar Beby, bengkung Slimdollz bukan hanya untuk golongan wanita tetapi golongan Adam juga boleh menggunakannya kerana ia membantu mengempiskan perut boroi disebabkan oleh kulit yang menggelebeh.

Selain daripada menjual bengkung, Slimdollz juga menghasilkan produk minuman berperisa coklat iaitu Bebydollz Chocolate Slim.

Minuman ini, jelas Beby, akan membantu menghilangkan rasa lapar dan hanya perlu minum satu paket sehari.

"Testimoninya adalah diri saya sendiri dan suami yang mana sebelum ini, kami suami-isteri berhadapan dengan masalah berat badan yang sukar untuk diturunkan.

"Apabila mengamalkan pengambilan Bebydollz Chocolate Slim dan memakai bengkung Slimdollz Slimming, ia memberi kesan yang dapat dilihat dalam jangka masa yang pendek.

"Saya tahu bahawa produk yang murah tidak semestinya orang akan beli dan produk yang murah diragui kualitinya tetapi memakai bengkung Slimdollz dan mengamalkan minuman Bebydollz Chocolate Slim, lihatlah sendiri hasilnya," kata Beby.

Sebagai usahawan, Beby akur dengan pendekatan pemasaran yang banyak menggunakan media sosial terutamanya kuasa viral atau tular.

Oleh itu, kata Beby, beliau perlu keluar daripada kepompong dengan kaedah pemasaran produk yang konvensional.

"Tidak salah jika kita menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk capaian pelanggan yang lebih meluas kerana apa yang kita lakukan ini adalah bersifat positif.

"Apatah lagi generasi hari ini banyak yang bergantung kepada media sosial dan perkara-perkara yang viral atau tular.

"Oleh yang demikian, demi memudahkan pelanggan yang ingin membeli bengkung Slimdollz dan minuman Bebydollz Chocholate Slim ini, kita ada ejen yang ramai," katanya. - UTUSAN ONLINE