Itu antara tip kejayaan yang dikongsikan usahanita jelita, Dr. Irma Shida Abu Samah, 39, yang kini memiliki beberapa empayar perniagaan pada usia muda.

Anak kelahiran Johor Bahru ini mempunyai keyakinan begitu tinggi akan kebolehannya untuk mengekplorasi pelbagai cabang perniagaan yang akhirnya membuahkan hasil memberangsangkan.

 

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memulakan kerjaya sebagai doktor gigi sebelum membuka klinik pergigian sendiri bersama suami, Dr. Mohd Yufi Ariandi Mohd. Yusoff.

“Saya membuka klinik pergigian sendiri kira-kira 13 tahun lalu. Klinik Pergigian Irma Ariandi dibuka pada 2007 di Plaza Larkin, Johor Bahru.

“Dari situ saya berminat mempelbagaikan perniagaan. Saya memilih bidang kecantikan dan penjagaan kulit Dr. Irma Skincare kerana ia dekat dengan diri wanita dan merupakan sebuah perniagaan yang bukan mengikut trend, tetapi lebih kepada keperluan,” katanya kepada Mega Rona. Beliau pernah memenangi Anugerah Usahawan Muda Mara peringkat negeri Johor.

Anugerah itu menjadi pemangkin untuknya mengukuhkan kedudukannya sebagai doktor gigi swasta di Johor Bahru dengan pelanggan dari seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Berbekalkan semangat dan minat mendalam dalam bidang estetik, Dr. Irma menubuhkan syarikat Irma Ariandi Enterprise yang memfokuskan kepada perniagaan kosmetik.

Syarikat yang diasaskan pada 2015 itu memfokuskan kepada aktiviti menghasilkan, mengedar dan menjual produk kosmetik serta penjagaan kulit di bawah jenama DR. IRMA.

Justeru, dia turut aktif menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) bersama ahli kimia berdaftar dan bekerjasama dalam memformulasi kosmetik dengan kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP).

DR. IRMA berani berhadapan dengan cabaran perniagaan pelbagai bidang.
DR. IRMA berani berhadapan dengan cabaran perniagaan pelbagai bidang. 

Usaha itu menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik yang menggunakan bahan semula jadi dengan memanfaatkan kebaikan minyak pati dan ekstrak tumbuhan.

Memulakan perniagaan kosmetik secara atas talian dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram, Dr. Irma tekad untuk menjadikan produk jenamanya lebih relevan dan dikenali ramai.

Disebabkan itu, dia telah merealisasikan butik peruncitan dengan mewujudkan butik bagi penjualan rangkaian produk keluarannya sekali gus membolehkan pelanggan berkunjung ke kedai untuk melihat, mencuba dan seterusnya memiliki produk berkenaan.

>> Baca kisah selanjutnya di sini