TNB dalam kenyataannya berkata, Pulau Tioman yang terletak 32 kilometer dari pantai Pahang akan menerima 15 peratus tenaga elektrik yang dijana sumber RE bermula tahun depan.

Katanya, tenaga itu dijana menerusi stesen hidro mini di Sungai Mentawak yang kini sedang dipulihkan serta pemasangan panel solar di atas bumbung jeti dan pejabat TNB. - UTUSAN ONLINE