Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, tempahan bagi kenderaan itu kini dibuka dengan harga bermula RM100 ribu yang boleh didapati dalam lima varian dan empat warna.

“Kami yakin model baharu ini akan menerima sambutan yang baik dan memacu momentum pertumbuhan bagi MMM.

“Sejak lebih 40 tahun, banyak pengalaman telah diraih bukan sahaja daripada keupayaan kejuteraan dan kelasakan kenderaan tetapi juga memahami kemahuan pelbagai pelanggan.

“Mitsubishi Motors telah mampu menambah baik model baharu ini dan kami dengan berbangganya memperkenalkan kenderaan baharu ini sebagai generasi kelima trak pikap yang diminati ramai,” ujarnya pada majlis pelancaran Mitsubishi Triton di sini hari ini.

Menurut Tomoyuki, dengan konsep ‘Engineered Beyond Tough’, pasukan projek ini meletakkan matlamat untuk menyediakan sebuah kenderaan yang akan menjadi penetap trend, lasak dah selamat.

Katanya, selain menggunakan sepenuhnya pengalaman 40 tahun di dalam membangunkan trak pikap yang tahan lasak, boleh diharap dan selesa.

“Kami mengamalkan empat teras di bawah konsep pembangunan 4Sure Handling iaitu 4Sure Power; 4Sure Control; 4Sure Agility dab 4Sure Safety.

“Dengan empat teras ini, para pelanggan dijamin bahawa kenderaan ini dibina dengan standard dan prestasi tinggi,” ujarnya.

Tambah Tomoyuki, sebagai tawaran pengenalan bagi meraikan pelancaran Triton serba baharu ini, seramai 1,000 pelanggan pertama akan menerima edisi terhad Thule Subterra Luggage eksklusif bernilai RM2,000.

Model tersebut didatangi empat warna antaranya ‘jet black mica’, ‘graphite gray’ dan ‘sterling silver’.

Bagi ruangan dalaman, penggayaan mengikut trma ‘Engineered beyong Tough’ yang mencetuskan rasa sporty dan moden.-UTUSAN ONLINE