Menurut Petronas, pembayaran dividen itu juga mengambil kira keupayaan untuk membiayai operasi berterusan dan melabur dalam pertumbuhan masa depan.

“Kenyataan ini susulan daripada pengumuman oleh S&P Global Ratings dan Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan kredit kepada A- dan A1 masing-masing.

“Penarafan kredit ini mencerminkan kedudukan kewangan Petronas yang masih teguh disokong oleh asas kukuh, wang tunai bersih yang agak besar dan kedudukan mudah tunai mencukupi didorong oleh usaha transformasi sebelum ini dalam kecekapan operasi, penjimatan kos dan peningkatan portfolio serta harga minyak yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tindakan penarafan itu adalah susulan pengumuman kerajaan bahawa Petronas akan membayar dividen RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion (termasuk dividen istimewa sekali bayar RM30 bilion) pada 2019. - UTUSAN ONLINE