Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark berkata, Cho akan bertanggungjawab memacu strategi perniagaan Zurich bagi mencapai pertumbuhan keuntungan bagi perniagaan insuran amnya di Malaysia.

Katanya, pelantikan itu dibuat bagi menggantikan David Fike, yang kini memegang jawatan di

JUNIOR CHO
JUNIOR CHO 

peringkat serantau dalam Zurich Insurance Group dan akan melapor kepada Lembaga Pengarah ZGIMB.

“Cho merupakan seorang ketua industri yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun di dalam sektor insurans dan perkhidmatan kewangan. Beliau sebelum ini telah memegang pelbagai jawatan strategik dan pengurusan kanan dalam bidang strategi perniagaan, jualan, pemasaran, pengedaran, pengurusan pelanggan, operasi dan teknologi di syarikat-syarikat multinasional seperti Metlife International, Allianz Life dan Cigna International.

“Berbekalkan pengalaman industri yang menyeluruh serta rekod prestasinya dalam Zurich, Cho merupakan pilihan utama untuk mengambil alih kepimpinan perniagaan insurans am kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum menyertai Zurich Malaysia, Cho merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect dan bertanggungjawab dalam memantau perniagaan insurans am di Malaysia, Thailand dan Timur Tengah.

Beliau menyertai ZGIMB pada September 2016 sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurusan Pasaran dan sepanjang tiga tahun lalu Cho memainkan peranan penting dalam membina segmen perniagaan am Zurich Malaysia.