Pengarah Urusan kumpulan Westports, Ruben Emir Gnanalingam berkata, perolehannya turut meningkat 15.3 peratus kepada RM454.45 juta daripada RM394.04 juta suku kedua tahun lalu terutama dipacu oleh pertumbuhan dua digit dalam jumlah dan peningkatan tarif kontena.

Pendapatan sesaham Westports juga lebih tinggi pada 4.88 sen berbanding 3.57 sen yang dicatatkan suku sama tahun kewangan 2018.

“Pertumbuhan yang menggalakkan di segmen intra-Asia juga menyokong pertumbuhan jumlah kontena syarikat sebanyak 17 peratus, yang jauh melebihi purata industri bagi jumlah kontena.

“Kami juga telah merekodkan rekod dunia baharu bagi produktiviti terminal kontena dengan mencapai 801 pergerakan kontena dalam masa satu jam semasa pelabuhan CMA CGM Jean Mermoz di Westports,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE