ABDUL FARID ALIAS
ABDUL FARID ALIAS 

Presiden dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, peningkatan itu didorong oleh pendapatan faedah bersih (NII) lebih tinggi dan peningkatan kualiti aset yang berterusan.

Menurut beliau, keuntungan sebelum cukai meningkat kepada Rp3 trilion (RM866 juta) me­rupakan pencapaian tertinggi Maybank Indonesia setakat ini.

“PBT yang diselaraskan me­ningkat 34.3 peratus tahun ke tahun selepas menghapuskan hasil yang luar biasa daripada penjualan sekuriti pada 2017.

“Kualiti aset yang lebih baik, pertumbuhan kukuh dalam perniagaan syariah di samping penambahbaikan anak-anak syarikat serta pengurusan kos strategik secara mapan turut menyumbang kepada prestasi baik ini,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Farid yang juga Pesuruhjaya Presi­den Maybank Indonesia berkata, kualiti aset bank meningkat dengan ketara seperti yang dicerminkan oleh paras pinjaman tidak berbayar (NPL) lebih rendah iaitu sebanyak 2.6 peratus (kasar) dan 1.5 peratus (bersih) pada 31 Disember 2018.

Katanya, NPL yang lebih rendah membuktikan kejayaan strategi bank dalam menguruskan kualiti aset melalui pertumbuhan terpilih dan bertanggungjawab.

“Portfolio pinjaman me­ningkat kepada Rp133.3 trilion (RM38 bilion) pada 31 Disember 2018 berbanding Rp125.4 trilion (RM36.2 bilion) pada 2017. Pinjaman bukan runcit CFS yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pinjaman perbankan perniagaan meningkat 10.9 peratus.

“Pinjaman CFS Runcit pula meningkat kepada Rp44 trilion (RM12.7 bilion) pada Disember 2018. Perbankan Global menca­tatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 2.9 peratus kerana mendapat pembayaran balik awal daripada sejumlah pelanggan korporat pada suku keempat 2018,” ujarnya.

Mengenai prestasi perbankan syariah, Farid berkata, segmen itu terus mencatat prestasi me­ngagumkan pada 2018 dengan keuntungan bersih meningkat 27.3 peratus kepada Rp803.3 bilion (RM231 juta) berban­ding Rp630.9 bilion (RM182 juta) pada tahun sebelumnya.