Perolehan meningkat 13.8 peratus kepada RM262.54 juta daripada RM230.73 juta sebelum ini, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

TIME dotCOM berkata prestasi tinggi pada suku pertama itu disebabkan oleh peningkatan jualan dicatatkan daripada semua segmen produk teras didahului perniagaan data dan perniagaan pusat data, yang masing-masing meningkat 15.2 peratus dan 8.9 peratus.

“Pertumbuhan hasil juga disumbangkan oleh semua kumpulan pelanggan, didahului runcit berikutan permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan ‘Time Fibre Home Broadband’ (Jalur Lebar Gentian Optik Kediaman Time),” kata kumpulan itu.

Pada masa hadapan, kumpulan itu akan terus bekerjasama dengan rakan niaganya di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk mewujudkan rangkaian telekomunikasi serantau yang lancar yang akan menghubungkan Indochina ke Malaysia dan Singapura.

“Kumpulan juga ingin memperluaskan operasi pasaran pusat datanya di rantau ini dan mengembangkan ekosistem semasa pelanggannya dengan memasukkan pemain yang saling berhubung daripada pelbagai industri,” kata syarikat itu. - BERNAMA