Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata keuntungan bersih yang menyusut itu disumbangkan terutamanya oleh asas lebih tinggi bagi suku sebelumnya dan setakat tahun ini membabitkan jangkaan kerugian dalam pembangunan hartanah serta kos pembinaan terakru yang tidak lagi diperlukan.

Hasil berkurangan 32 peratus kepada RM273.33 juta daripada RM402.40 juta pada tahun sebelumnya terutamanya disebabkan penyusutan hasil daripada pembangunan hartanah.

Menurut pemaju hartanah itu, ia bercadang melancarkan pelbagai jenis produk dengan anggaran jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM900 juta menjelang tahun kewangan 2020 (FY20).

Projek yang akan dilancarkan pada masa akan datang melibatkan pangsapuri perkhidmatan dan unit pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) di 121 Residences, PJ-Damansara dengan GDV RM321.0 juta.

Walaupun keseluruhan pasaran dijangka terus mencabar, lembaran imbangan syarikat tersebut kekal sihat dengan kedudukan hutang bersih boleh diurus dan perancangan pembangunan berpotensi yang kukuh dengan GDV sebanyak RM8 bilion. - BERNAMA