“Ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.

“TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang pelanggan ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah TNB, fokus utamanya ketika ini adalah untuk memastikan setiap aduan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil, termasuk memulangkan semula lebihan bayaran jika terbukti lebihan caj berlaku. Ianya akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan.

“TNB juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu ini. Kepada pelanggan yang terlibat, TNB memohon maaf atas kesulitan yang timbul,” katanya. -UTUSAN ONLINE