Tawaran yang dibuat melalui, Najah Air Sdn. Bhd., mempunyai bukti pembiayaan dan mereka perlu menjalankan pertimbangan wajar selama tiga bulan sebelum mengumumkan pelan pemulihan penuh mereka untuk syarikat penerbangan itu.

“Kami sedang melihat untuk mengambil 49 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dan Khazanah Nasional Bhd. 51 peratus,” kata Pahamin kepada StarBiz ketika dihubungi semalam.

“Kami telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri bahawa kami tidak akan memecat sesiapa di MAB. Kami juga tidak akan meminta bantuan kewangan daripada Khazanah atau kerajaan. Kami akan (meminta) mempunyai hak untuk menguruskan tanpa gangguan daripada kerajaan.

“Syarikat penerbangan itu akan mempunyai penjenamaan kebangsaan sama dan tidak akan menukar nama. Ia akan kekal sebagai Malaysia Airlines dan ia akan menjadi syarikat penerbangan antarabangsa,” katanya. -UTUSAN ONLINE