Fanpekka yang terletak di ruang niaga pusat beli-belah tersebut dengan keluasan 2,555 meter persegi itu diinspirasikan daripada kaedah pembelajaran awal kanak-kanak menerusi aktiviti bermain dari Finland.

Pengarah Urusan AEON Fantasy, Chong Swee Ying berkata, taman tema dengan konsep dari Finland itu merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara serta ketiga di dunia selepas Beijing dan Wuhan, China yang mula beroperasi tahun lalu.

Menurutnya, taman tema tersebut bukan sahaja dibangunkan dengan memfokuskan kepada kanak-kanak menerusi segmen pembelajaran tetapi turut direka untuk tempat seisi keluarga menikmati dan menghabiskan waktu bersama-sama.

“Berbeza dengan taman tema yang lain, Fanpekka direka untuk menajamkan fokus otak serta minda kanak-kanak menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan berdasarkan model pembelajaran yang dibawa dari negara tersebut,” katanya dalam majlis perasmian taman itu oleh Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru, Abdul Ghazali Karim di AEON Mall Tebrau City di sini hari ini.

“Fanpekka menyasarkan golo­ngan berkeluarga yang mempunyai anak-anak berusia dua hingga 12 tahun dengan sasaran kehadiran pengunjung 6,000 keluarga sebulan,” katanya dalam majlis perasmian Fanpekka oleh Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru, Abdul Ghazali Karim di AEON Mall Tebrau City di sini hari ini.