Pengerusi Eksekutif DWL, Wan Khalik Wan Muhammad berkata, lembaga pengarah syarikat percaya dengan pengalaman dan latar belakang yang dimiliki Shahril akan membolehkan beliau membawa Kumpulan ke peringkat seterusnya khususnya dalam sektor infrastruktur .

Shahril sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MRT dan memegang jawatan tersebut dari Januari 2015 sehingga Disember 2018. -UTUSAN ONLINE