Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, dalam perbincangan yang diadakan, Pengerusi SZSE, Wu Lijun menekankan kejayaan besar bursa berkenaan dalam pembiayaan syarikat-syarikat China dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang inovatif.

“SC bersama Bursa Malaysia mempunyai banyak pembabitan dengan SZSE dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi membincangkan inisiatif hubungan rentas sempadan, pertukaran kepakaran teknikal dan pembangunan modal insan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE