Ketua Pegawai Eksekutif THP, Muzmi Mohamed berkata, perolehan juga mencatatkan penurunan sebanyak lima peratus tahun ke tahun kepada RM115.28 juta.

Katanya, pengeluaran hasil tanaman pengeluaran tandan buah segar (FFB) bagi suku tahun dilaporkan meningkat 21 peratus kepada 208,548 metrik tan manakala hasil pengeluaran dan jualan minyak sawit mentah (MSM) masing-masing meningkat 23 peratus dan 27 peratus.

“Dari segi operasi, kumpulan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lepas. FFB dihasilkan dan diproses meningkat, manakala output dan jualan CPO juga meningkat.

“Walau bagaimanapun, walaupun pengeluaran dan jualan yang lebih baik, pendapatan lemah pada suku pertama tahun ini terutamanya disebabkan oleh harga MSM dan kernel sawit (PK) yang lebih rendah,” katanya. -UTUSAN ONLINE