Rakesh Kaul

RHB berkata, pelantikan Kaul ke jawatan berkenaan mengukuhkan lagi barisan kepimpinan kanan kumpulan.

Katanya, sebagai Ketua Perbankan Runcit, Kaul akan mengetuai francais peruncitan merentasi segmen, produk dan saluran serta memacu agenda pendigital kumpulan selain turut memfokuskan kepada kepentingan pelanggan.

“Perbankan Runciti Kumpulan merupakan komponen utama FIT22 dan beliau akan menerajui inisiatif utama Perbankan Runcit di bawah program transformasi kumpulan,” kata RHB Bank dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE