Peguam kumpulan berkenaan, Matthew Thomas Philip ketika dihubungi portal TheEdge mengesahkan penarikan balik saman itu hari ini di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

“Oleh kerana klien kami yang diketuai oleh Syed Hussein telah dilantik sebagai presiden DPMM pada mesyuarat agung tahunan AGM) DPMM pada 15 Jun, mahkamah telah membenarkan penarikan balik tuntutan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, kumpulan pesaing telah diperintahkan untuk membayar kos RM8,000 kepada kedua-dua defendan berkenaan.

Beberapa laporan media berkata Syed Hussein, yang juga pengerusi SME Corp Malaysia, dilantik sebagai Presiden DPMM selama setahun selepas dipilih secara sebulat suara oleh wakil dari sembilan negeri. -UTUSAN ONLINE