Ketua Farmasi Komuniti Pharmaniaga, Yang Fairuz Abdul Aziz berkata, sebanyak tujuh outlet telah beroperasi sejak program itu dimulakan dua tahun lalu.

Selain itu, sebanyak 42 farmasi melibatkan anggota bersekutu juga telah dibuka dan pihaknya menyasarkan jumlah itu akan mencecah 55 outlet menjelang hujung tahun ini.

“Kami sememangnya mempunyai sasaran tertentu untuk melahirkan usahawan-usahawan dalam bidang ini tetapi ia mempunyai banyak cabaran terutama melibatkan lepasan bidang farmasi yang dapat dilatih sebagai usahawan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas pelancaran suplemen tambahan, Citrex Vitamin C 100 miligram sempena penganjuran Ekspo Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) di sini hari ini. Yang turut hadir Pengarah Komersial Pharmaniaga, Zulhazri Razali.

Majlis pelancaran itu turut memperkenalkan watak animasi popular tempatan, Boboiboy sebagai duta produk.

Berdasarkan laman web Pharmaniaga, farmasi RoyalePharma itu telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Selain produk ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan, rangkaian farmasi itu menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan termasuk kaunseling secara individu berkaitan kesihatan dan pengambilan ubat.

Menurut Yang Fairuz, Pharmaniaga akan melancarkan tiga lagi produk baharu menjelang hujung tahun ini termasuk satu produk penjagaan kesihatan.