Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pada dasarnya Petronas perlu menentukan pelaburan yang diperlukan supaya kewangan kumpulan tidak terkompromi.

“Ini adalah bagi sebab yang sangat baik di mana pulangan daripada segmen RE tidak sama seperti pulangan dalam minyak dan gas konvensional. Pada asasnya kita perlu menentukan bagaimana pelaburan yang diperlukan supaya ia tidak akan terkompromi secara kewangan tetapi pada masa yang sama mempunyai kecekapan untuk bermain di dalam segmen tersebut apabila tiba masanya.

“Secara jujurnya hanya masa akan memberitahu sama ada kita telah mengambil keputusan yang tepat dari segi pelaburan kita dalam hidrokarbon dan RE,” katanya pada sesi Dialog Strategi CEO sempena Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE