Bakarah Offshore berkata, unit PBJV Group Sdn. Bhd. (PBJV) menerima pemberitahuan penggantungan lesen syarikat minyak negara itu.

“Surat dari Petronas menunjukkan terdapat laporan buruk daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) yang berkaitan dengan ketidakpatuhan PBJV berhubung dengan kontrak yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan bawah air untuk PCSB.

“Akibatnya, Petronas telah memutuskan untuk menggantung lesen PBJV untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa dari tarikh surat berkenaan,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE