Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Columbia Asia, Dr. Kelvin Loh berkata, tend-trend utama yang diperhatikan jelas menunjukkan bahawa pesakit masa kini menuntut penjagaan kesihatan yang bersifat peribadi, cepat dan lancar.

Katanya, ini seterusnya memudahkan urusan penjagaan kesihatan bagi mereka, sesuatu yang tidak tipikal pada masa dahulu.

“Kajian kami juga menunjukkan bahawa kemajuan teknologi dalam penjagaan kesihatan berpotensi menutup jurang komunikasi dan maklumat antara pesakit dan penyedia perkhidmatan.

Sebagai syarikat yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pesakit, kami akan berusaha memperkenalkan sistem dan proses yang lebih terkini, selari dengan permintaan semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, sebagai penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di rantau ini dengan lebih tiga juta pesakit di serata empat pasaran, Columbia Asia Hospital dalam kedudukan yang baik untuk menilai pesakit-pesakit serta memperkenal penyelesaian untuk memenuhi keperluan pesakit yang kian berubah. -UTUSAN ONLINE

Selari dengan trend yang diketengahkan, Columbia Asia telah melancarkan aplikasi mudah alih rasmi yang bertujuan mempertingkatkan penawaran perkhidmatan mereka kepada para pesakit. Mengikuti trend penjagaan kesihatan terbaru yang membentuk industri secara global telah memacu keperluan bagi para pengendali hospital untuk sentiasa menjadikan pengalaman pesakit di hospital-hospital tanpa gangguan dan kurang memakan masa.