Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, edisi ke-20 AOGC yang dianjurkan Petronas itu juga kini bersedia untuk menerima kehadiran beberapa pemimpin berpengaruh industri dari seluruh dunia.

Katanya, para penggubal dasar dan ketua-ketua industri minyak dan gas dijangka memanfaatkan AOGC 2019 yang bertemakan ‘Memajukan Masa Depan Tenaga Baharu’ untuk membincangkan perubahan dalam landskap tenaga global.

“Tun Mahathir dalam satu mesej bagi persidangan itu turut berkongsi ideanya tentang keperluan inovasi di dalam dan di luar industri minyak dan gas untuk membangunkan penyelesaian dalam menangani landskap tenaga yang pantas berubah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE