Ketua Pegawai Eksekutif Amal, Hazman Hilmi berkata, Amal akan menambah sehingga 40 penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta Madinah menggunakan pesawat A380-800 bagi fasa haji pertama dari 4 Julai hingga 5 Ogos.

“Amal juga akan mengendalikan sehingga 70 penerbangan pengantara menggunakan pesawat B737-800 untuk membawa jemaah haji dari Alor Setar, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu ke KLIA,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE