Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata, keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga merosot empat peratus tahun ke tahun kepada RM444 juta.

Beliau berkata, bagaimanapun Keuntungan Selepas Cukai Dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) meningkat sebanyak satu peratus tahun ke tahun kepada RM176 juta, disokong oleh langkah pengurusan kos yang berdisiplin.

“Melihat kepada persekitaran operasi yang begitu mencabar, kami tetap berjaya meningkatkan nilai PATAMI syarikat dan ia disokong oleh usaha-usaha yang diambil dalam mengoptimumkan kos kandungan dan perbelanjaan operasi.

“Kami terus berusaha menawarkan hiburan terbaik dan memperbanyakkan penglibatan dengan 5.7 juta isi rumah dan 23 juta individu dengan menyajikan pelbagai program terhebat di segmen vernakular dan kandungan-kandungan premium, serta menyediakan liputan sukan terbesar secara langsung di platform berbayar (Pay-TV) dan NJOI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE