Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Bhd., Datuk Sazali Hamzah berkata, kedua-dua Dow dan Petronas Chemicals Glycols komited untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dari operasi loji-loji EO PCG.

“Penyertaan kami dalam projek karbon ini adalah sejajar dengan komitmen kami terhadap peningkatan kecekapan operasi dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

“Kami telah melihat hasil yang dipertingkatkan daripada perubahan dalam pemangkin, bukan sahaja kecemerlangan operasi kerana pemilihan pemangkin yang lebih tinggi menghasilkan pengeluaran lebih tinggi, tetapi juga penjimatan kos daripada penggunaan tenaga yang berkurangan.

“Kami tekad untuk terus meminimumkan impak kami kepada alam sekitar dengan mengamalkan amalan terbaik untuk penggunaan tenaga dengan memanfaatkan teknologi terkemuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE