ISO 45001 adalah ISO standard untuk sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang membantu organisasi meningkatkan tahap keselamatan pekerja, mengurangkan risiko tempat kerja di samping mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, syarikat melihat terdapat keperluan tempat kerja diperakui dengan ISO 45001 bagi menambah baik prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Usaha kami untuk mendapatkan sijil ini merupakan komitmen Northport untuk melindungi para pekerja, pelanggan, kontraktor, penyedia perkhidmatan dan pengguna daripada insiden berkaitan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE