Ia merangkumi maklumat pendaftaran, kedudukan kewangan, pemilikan dan pelbagai butiran perniagaan.

Pengguna perlu tahu untuk mengelakkan daripada menjadi mengsa kes penipuan dengan melayari MYDATA-SSM di capaian https://www.mydata-ssm.com.my/.

Ketua Pegawai Eksekutif BDW, Sheriza Zakaria berkata, portal tersebut yang dilancarkan pada 2016 adalah sumber maklumat yang sah dari segi undang-undang bagi syarikat dan perniagaan yang ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia.

Beliau dalam pada itu menegaskan, maklumat tentang syarikat sememangnya tersedia dan orang ramai perlu tahu mereka juga mempunyai hak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai individu di sebalik perniagaan yang didaftarkan.

“Maklumat ringkas tentang individu bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan itu bertujuan untuk pengesahan dan mengenal pasti latar belakang perniagaan.

“Selain itu, syarikat seperti Tenaga Nasional Bhd. (TNB) yang mahu menyemak tahap proses wajar atau nilai syarikat yang memohon untuk menjadi vendor misalnya juga boleh menggunakan perkhidmatan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sambungan data API iaitu B2B juga disediakan untuk ­pelanggan seperti CRA, Perbankan dan Fintech.

Perkhidmatan yang ditawarkan mengenakan kadar bayaran berpatutan dan boleh dibuat melalui perbankan dalam talian, kad kredit atau debit.

Sehingga kini, lebih sejuta syarikat dan tujuh juta perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bukan itu sahaja, BDW turut menawarkan maklumat syarikat antarabangsa yang boleh diakses menerusi https://mydata.kyckr.com.

Selain itu, BDW juga telah dilantik oleh SSM pada 25 Jun 2018 sebagai Penyedia Perkhidmatan Latihan untuk mengendalikan latihan sistem MBRS kepada pihak awam.

Menurut Sheriza, ia bagi memudahkan serah simpan maklumat perniagaan secara digital berdasarkan format Bahasa Pelaporan Perniagaan eXtensible (XBRL) yang telah diiktiraf sebagai satu standard global.

“Sehingga kini, pihak kami telah berjaya melatih lebih 500 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti korporat, syarikat milik kerajaan (GLC), setiausaha syarikat, juruaudit dan akauntan serta pihak berkepentingan terhadap penggunaan sistem MBRS.

“Adalah menjadi satu ke­perluan penting bagi sesebuah perniagaan untuk mengurangkan sebanyak mungkin input kemasukan data dan pengurusan keseluruhan data secara manual. Pengendalian data yang lebih dipercayai dan tepat mampu menyediakan maklumat berkualiti agar analisis perniagaan dapat memberikan keputusan terbaik,” katanya.

BDW bersama-sama Scale Innovation ingin memperkenalkan enjin automasi sokongan bagi memudah cara penyediaan laporan yang dijana untuk sistem MBRS. Para pengguna dialu-alukan mendaftar di www.exbrl.com.my dan menggunakan penyelesaian ini secara percuma bermula Julai 2019 ini.