Abdul Hadi Ali

PAAB dalam kenyataan hari ini berkata, Abdul Hadi menyertai syarikat itu pada April 2010 sebagai penolong pengurus besar, perbendaharaan di bawah Bahagian Kewangan dan dinaikkan pangkat sebagai ketua pegawai korporat pada 2013.

Beliau telah dilantik sebagai ketua bendahari selepas penyusunan semula di peringkat dalaman pada Mei 2018 dan ditugaskan kepada operasi perbendaharaan.

“Sebelum itu, beliau memegang peranan dalam menyelia rundingan mengenai peralihan kerajaan negeri dan operasi air dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air, peralihan di bawah rejim aset PAAB dan tanggungjawab kepada bahagian korporat,” katanya.

Abdul Hadi mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang korporat dan perbankan.

PAAB, yang ditubuhkan pada 5 Mei, 2006 sebagai syarikat milik penuh di bawah MoF (Diperbadankan), membentuk sebahagian daripada usaha kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air negara untuk mencapai kecekapan dan kualiti yang lebih baik.- BERNAMA