MMC memiliki 50 peratus kepentingan dalam Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART), pemilik konsesi tol bagi terowong berkenaan.

Rakan kongsi MMC dalam projek tersebut, Gamuda Bhd., telah menerima tawaran kerajaan pada 27 Jun lalu.

“Penerimaan tawaran itu tertakluk kepada pemudahan terma dan syarat perjanjian muktamad yang akan dilaksanakan,” kata MMC dalam satu kenyataan dengan Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE