Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Najib Nazlan berkata produk itu adalah antara dana aset campuran global Syariah pertama di pasaran Malaysia.

Malah, ia turut menawarkan tiga manfaat utama kepada pelabur iaitu sasaran pulangan enam peratus setahun dalam terma dolar US, bebas fi atau yuran dalam tempoh sederhana hingga panjang; perlindungan daripada potensi penurunan pasaran menerusi peruntukan aset yang dinamik dan kemampuan melabur di pasaran dan kelas aset di serata dunia serta membolehkan pelabur mendapat akses terhadap peluang pelaburan di mana sahaja lokasi mereka.

“Pendekatan fleksibel dana itu bertujuan mengelak sektor pasaran yang kurang diminati berdasarkan unjuran pelaburan kami.

“Dalam usaha mencapai objektif pelaburan ini, dana tersebut melabur dalam portfolio aset campuran patuh Syariah seperti ekuiti global, sukuk global dan aset pelbagai lain serta tunai,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran dana itu di sini, hari ini. -BERNAMA