Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines Group, Ahmad Luqman Mohd. Azmi berkata, MHholidays menawarkan pakej penerbangan dan penginapan di lebih 5,000 buah hotel daripada lebih 50 destinasi di seluruh dunia.

Katanya, pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dan mampu milik daripada Malaysia Airlines serta memanfaatkan penjimatan sehingga 80 peratus ke atas harga penginapan hotel.

"Merancang percutian sememangnya agak rumit oleh kerana itu kami menawarkan MHholidays bagi menjadikan pengalaman pengembaraan lebih mudah.

"Menerusi MHholidays pelanggan boleh membuat tempahan hotel dan menyesuaikannya dengan bajet mereka," katanya pada majlis pelancaran MHholidays di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif TUI Group, Frank Rosenberger. -UTUSAN ONLINE