Malaysia Airlines akan menghidangkan sajian makanan Jepun daripada restoran terkemuka KL Hilton, Iketeru dalam semua pesawat penerbangannya yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Tokyo dan Osaka bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2019.

Malaysia Airlines berkata, syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan Chef Eksekutif Iketeru, Chef Masami Okamoto bagi mereka hidangan Jepun istimewa bagi musim panas.

Katanya, menu sarapan bagi penerbangan MH88 dari Kuala Lumpur ke Tokyo terdiri daripada hidangan bermusim bermula dengan pilihan buah-buahan bermusim, Nimono, Zensai, diikuti dengan hidangan utama Salmon Shioyaki, Unagi Tamagoyaki serta hidangan sampingan yang klasik.

“Sementara itu bagi hidangan makan tengah hari dan minum malam penerbangan MH70 daripada Kuala Lumpur ke Tokyo dan MH52 Kuala Lumpur ke Osaka akan menampilkan pilihan makanan kegemaran Jepun seperti Mi Somen dengan Tofu Goma, Salad Itik Salai dan Zensai serta hidangan utama Braised Briceket Braised dengan Nasi Halia serta hidangan sampingan klasik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE