Ketua Pegawai Eksekutif Kum­pulan Malaysia Airlines, Izham Ismail berkata, program tersebut merupakan satu daripada tiga aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dirancang semasa musim perayaan ini.

Katanya, Malaysia Airlines berusaha untuk membantu masyarakat dengan memberi sokongan bagi keperluan dan kesejahteraan mereka.

“Pada hari ini, khususnya sempena musim perayaan akhir tahun, kami sangat gembira dapat menghabiskan masa dengan kanak-kanak ini dan menyebarkan kemeriahan Krismas bersama.

“Menghabiskan masa dengan kanak-kanak adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan sangat menyentuh hati apabila wajah mereka bercahaya melihat kru kabin kami. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat menjadikan sambutan Krismas mereka lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program itu dianjurkan komuniti kru kabin Malaysia Airlines. Antara aktiviti dijalankan termasuklah menghantar hadiah ke rumah-rumah kebajikan yang terpilih serta melawat komuniti Orang Asli Belihoi di Mantin.