Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata ia akan terus memantau perkembangan Lonbisc dari segi pematuhan syarat penyenaraian tersebut.

“Setakat ini, terdapat 22 syarikat di bawah PN17 yang mewakili 2.4 peratus daripada sejumlah 919 syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia,” katanya.

Pada 5 petang hari ini, saham-saham Lonbisc susut lapan sen kepada 0.16 sen dengan 52.78 juta saham bertukar tangan. -BERNAMA