Pengarah Urusan, Perkhidmatan Pemasaran & Televisyen OIC, Timo Lumme berkata, Lazada ebagai rakan kongsi rasmi di Asia Tenggara akan membantu pihak berkepentingan Olimpik untuk memperluaskan jangkauan Olympic Movement dan berhubung serta berinteraksi dengan para peminat di rantau ini.

“Kami berbesar hati dengan penyertaan peneraju e-Dagang Asia Tenggara sebagai pendukung nilai-nilai Olimpik kami. Kami percaya bahawa jejak digital Lazada akan membantu kami dalam menyebarluaskan semangat Sukan Olimpik merentas rantau yang penting ini, terutamanya dalam kalangan generasi audiens yang lebih muda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lazada merupakan platform e-Dagang utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, Pierre Poignant berkata, sebagai perintis e-Dagang di rantau ini, Lazada sentiasa berusaha untuk terus memacu kemajuan di Asia Tenggara dan menggalakkan setiap individu mengejar dan mencetuskan pelbagai kemungkinan baharu.

“Kami berasa bangga dapat melancarkan perkongsian Alibaba dengan IOC di bawah jenama kami dan kami sangat teruja untuk membawa lebih banyak lagi Detik berkaitan Olimpik ke perantauan dalam tempoh sembilan tahun yang akan datang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Lazada akan memanfaatkan peluang pengiklanan dan promosi yang berkaitan dengan penggunaan tanda dan imej, termasuklah tanda daripada Jawatankuasa Olimpik Nasional.

Edisi-edisi menjelang tahun 2028 merangkumi Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Sukan Olimpik Paris 2024, Sukan Olimpik Los Angeles 2028, dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di bandar yang masih belum ditentukan oleh IOC.