Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif berkata, dalam keadaan ekonomi dan pasaran dunia dan domestik semasa, prestasi yang dicatatkan KWSP adalah baik.

Katanya, pada suku pertama tahun ini ekuiti yang merangkumi 39 peratus daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan KWSP, terus menjadi penyumbang utama pendapatan sebanyak RM4.16 bilion, iaitu 43 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan untuk suku tahun tersebut.

Beliau berkata, turun naik pasaran kelas aset ekuiti serta impaknya ke atas pendapatan telah disokong oleh kumpulan aset KWSP lain yang lebih stabil seperti pendapatan tetap.

“Walaupun ekuiti bersifat turun naik, ia mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang.

“Ekuiti akan sentiasa memainkan peranan penting dalam meningkatkan pulangan dan memastikan kami berupaya memberikan dividen sekurang-kurangnya dua peratus melebihi kadar inflasi,” katanya. -UTUSAN ONLINE