Syarikat berkata, anak syarikat milik penuhnya IJM Construction Sdn. Bhd. (IJMC) telah menerima notis penamatan daripada MRCB George Kent Sdn. Bhd. pada 8 Julai.

IJMC telah dianugerahkan kontrak pada 13 Mac, 2018. Kerja-kerja awal telah bermula sebelum projek itu digantung pada bulan Jun 2018.

“IJMC kini sedang berunding dengan penasihatnya dan akan mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai di bawah kontrak,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE