Syarikat itu berkata, ia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM207.11 juta bagi suku kedua tahun ini berbanding kerugian bersih sebanyak RM57.45 juta setahun lalu itu juga disebabkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat

Pendapatan AirAsia X juga jatuh kepada RM1.01 bilion daripada RM1.06 bilion.

“Kerugian operasi pada suku kedua adalah RM185 juta berbanding kerugian RM99.20 juta pada tahun lalu. Kerugian sesaham adalah lima sen berbanding 1.4 sen.

“Secara normal, selepas menyesuaikan pelupusan tiga pesawat dan kesan MFRS16, syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai (PBT) sebanyak RM77 juta berbanding kerugian tahun lepas sebanyak RM64.8 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE