Dalam kenyataan hari ini, ia berkata pelanggan boleh membeli kad itu pada RM30, dengan diskaun 50 peratus untuk masa yang terhad, manakala pemegang kad ekspres sedia ada boleh membaharuinya pada kadar RM15, dan bukan RM30.

Naib Presiden Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Linda Hassan berkata di Domino’s, pelanggan penting dalam operasinya, dan syarikat itu mahu menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada mereka.

“Untuk itu, kami gembira melancarkan fasa dua kad ekspres kami sebagai ganjaran kepada pelanggan atas sokongan berterusan dan kesetiaan mereka terhadap Domino’s Pizza,” katanya.

Pengemar pizza boleh menikmati pelbagai tawaran VIP di Domino’s, termasuk beli satu percuma satu pizza, beli satu percuma satu bagi produk terpilih, hadiah ulang tahun, serta menikmati tawaran bulanan eksklusif, khas untuk pemegang kad ekspres.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui kad ekspres mereka di mana-mana kedai Domino’s, hotline di 1-300-888-333, atau log masuk ke www.dominos.com.my, sehingga 30 Julai. -BERNAMA