Syarikat pengeluar kaca anak syarikat kerajaan negeri Terengganu itu menerima anugerah dalam kategori Manufacturing Laminated and Tempered Glass.

NADZA ABDUL
NADZA ABDUL 

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Asia Pacific Brands Foundation, Tan Sri Rainer Althoff dan Presidennya, Dr. KK Johan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Bhd., Datuk Nadza Abdul.

Nadza berkata, kejayaan itu merupakan pengiktirafan tinggi terhadap kualiti produk yang dihasilkan GP Glass sekali gus membuktikannya sebagai jenama produk kaca yang terkenal dan dipercayai.

"Kami yakin pengiktirafan ini mampu membuka peluang kepada GP Glass untuk mene­roka pasaran yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar GP Glass, Stanley Lau Chan Ming berkata, kejayaan yang diraih membolehkan syarikat melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi Kumpulan Golden Pharos Bhd.

“Kami akan terus melihat ke hadapan untuk memastikan syarikat ini dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain bagi menjana keuntungan yang berpanjangan kepada syarikat dan Kumpulan Golden Pharos Bhd.," katanya.