Gas Malaysia berkata, di bawah mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT), surcaj sebanyak RM0.23 sen/MMBtu akan diguna pakai bagi semua kategori tarif bagi tempoh berkenaan.

“Ini boleh diterjemahkan kepada purata tarif berkesan sebanyak RM32.92/MMBtu, iaitu peningkatan berjumlah 0.70 peratus daripada purata tarif purata semasa selepas surcaj,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semakan tarif itu dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. - UTUSAN ONLINE