Bagi memudahkan pengembangan itu, ia menerbitkan program Nota Jangka Sederhana (MTN) dengan nilai nominal sehingga RM1.0 bilion menerusi Premier Auto Assets Bhd (Premier Auto), menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

“Landskap operasi yang stabil, disokong oleh inflasi mudah urus dan pengangguran yang rendah merupakan faktor menarik untuk mengembangkan perniagaan pembiayaan sewa beli, penyumbang utama kepada pendapatan syarikat kami,” menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangannya Teoh Seng Hee .

Selain itu, beliau berkata pasaran pembiayaan kereta terpakai terus kurang diberi perhatian dan ini menjadi dorongan untuk memperluas portfolio pembiayaan sewa beli secara mampan tanpa menjejaskan kualiti aset.

Sementara itu, mesyuarat agung tahunan ELK-Desa hari ini meluluskan dividen satu peringkat pertama sebanyak 3.50 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2019. -BERNAMA