Syarikat itu berkata, ia juga turur menafikan membeli tambahan lapan peratus saham MPB yang dimiliki oleh UMNO.

“Kami ingin menafikan kenyataan-kenyataan di dalam laporan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan media, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary telah membeli 11 peratus kepentingan UMNO dalam MPB, sekali gus bakal menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar di MPB.

Syed Mokhtar juga merupakan pemegang saham terbesar DRB-Hicom dengan pegangan 55.9 peratus dalam DRB-Hicom melalui sebuah syarikat milik persendirian.

Beliau juga mempunyai kepentingan dalam syarikat media The Malaysian Reserve dan Utusan Melayu Bhd. -UTUSAN