Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Celcom, Idham Nawawi berkata, Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di seluruh negara dengan Internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, dan 30Mbps dengan harga RM80 sebulan.

Katanya, Celcom Home Fibre™ boleh dilanggan di mana-mana cawangan bluecube dan rakan perniagaan sah Celcom, dengan perkhidmatan pemasangan yang mudah dan mengikut kesesuaian pelanggan.

“Celcom terus komited untuk berinovasi dengan tawaran produknya melalui pelbagai ciri dan keistimewaan. Sama ada pelan mudah alih, internet kediaman mahupun penyelesaian pintar bagi perniagaan dan lain-lain, kami ingin terus memastikan Rakyat Malaysia dapat menikmati rangkaian 4G dan infrastruktur gentian optik di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE