Menariknya, Cannés International diasaskan atas keyakinan yang kuat iaitu produk penjaga­an rambut yang dirumuskan harus berpatutan dan mudah bagi kegunaan harian.

Menurut Wee Jin, syarikatnya membawakan kepercayaan untuk menggabungkan bio sains termaju dengan bahan-bahan semula jadi bagi merumuskan produk pertumbuhan rambut bagi menangani gejala keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan folikel yang sihat dan melindunginya daripada tekanan kehidupan moden hari ini.

“Kami menyedari keperluan pelanggan dan juga memahami setiap keperluan mereka untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat. Ini kerana rambut adalah mahkota bagi setiap orang terutama wanita.

“Jadi, kami berusaha memastikan syarikat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk yang dikeluarkan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Inilah yang mendorong kami di Cannés International untuk terus membangunkan pelbagai produk yang berkesan dan menawarkan kepada pe­langgan produk penjagaan rambut yang boleh dipercayai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagi Dr. Joseph Lim pula, sebagai Pengasas dan Pengarah Teknikal Cannés International, beliau begitu tegas dalam hasratnya untuk membawakan penyelesaian penjagaan rambut profesional ke rumah pelanggan di seluruh dunia.

Berbekalkan kelulusan Doktor Falsafah Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Proses Loji, serta kecenderungan untuk kerja-kerja teknikal dan inovasi bersiri, beliau merumuskan produk pertama syarikat, Cannés Natural Handmade Shampoo & Body Wash untuk membantu keluarganya dengan masalah kulit kepala.

“Hasil formula yang luar biasa dan kejayaan produk seterusnya mendorong saya untuk terus mencipta pelbagai inovasi yang telah terbukti secara saintifik dan terbukti berkesan untuk keperluan pelanggan,” katanya.

Dengan kerjasama daripada seluruh tenaga kerja Cannés International, syarikat itu kini mula mengorak langkah menceburi bidang perniagaan dalam talian dengan menawarkan produk keluaran mereka di platform seperti Shopee dan juga di laman web.

“Kami mempunyai perancangan untuk memiliki sebuah kedai yang menempatkan kesemua rangkaian produk penjagaan badan dan rambut memandangkan terdapat permintaan daripada pelanggan.

“Bagaimanapun, ia perlu dirancang dengan teliti memandangkan ia memerlukan sejumlah pelaburan yang agak besar dan buat masa ini kami lebih selesa untuk bergerak secara dalam talian,” katanya.

l Produk ditawarkan pada harga berpatutan dan mudah

l Menggabungkan bio sains dengan bahan-bahan semula jadi

l Tangani gejala keguguran rambut

l Bergerak secara dalam talian di Shopee dan laman web

l Akan membuka kedai fizikal