Sebuah lagi hartanah dijangka dilaksanakan antara 2013 hingga 2015, menjadikan jumlah portfolio kumpulan itu di Malaysia kepada 11 buah hotel.

''Dianggarkan menjelang 2015, jumlahnya meningkatkan kepada 15 buah,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, Dua Sentral menawarkan 364 buah bilik dan dijangka dibuka pada suku kedua 2012.

Dua Sentral yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan dan pengangkutan menawarkan empat dewan majlis yang mampu memuatkan sehingga 140 orang.