ETCM berkata, pera­duan tersebut merupakan kerjasama antara ETCM dan JKG Land Bhd. yang mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondomi­nium bernilai RM665,000 di The ERA, Duta North Kuala Lumpur, bagi pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.

Katanya, bagi menambah keterujaan sempena menyam­but ketibaan tahun baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih Nis­san.

“Selain itu, bagi menambah mood Tahun Baharu Cina, ETCM juga menambah warna merah Imperial Red baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.

“Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 kilometer per liter (NEDC R101). Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki, Pintu Belakang Dwi-Bukaan, 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan te­lefon pintar melalui Apple CarPlay™,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah ETCM, pihaknya memperke­nalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah Passion Red, serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih Brilliant White dan perak Tungsten Silver bersama komponen-komponen yang digelapkan terma­suklah bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci hitam berkilat.

“X-Trail X-Tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam,” katanya.

Dalam pada itu, ETCM berkata, model Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail XTremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Selain itu katanya, orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi karnival yang diadakan di beberapa lokasi bersempena Siri Jelajah Nissan di seluruh negara.