Menurut Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso, pelantikan tersebut yang berkuat kuasa 28 Mei 2019 lalu, adalah bagi menggantikan Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) Bank Rakyat, Datuk Amirudin Abdul Halim yang sudah mula bercuti dan akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 2 Julai 2019.

"Pelantikan ini juga bertepatan dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam perbankan korporat untuk bersama-sama mentadbir dan mengukuhkan urus tadbir korporat Bank,” kata dalam satu kenyataan kepada pihak media, baru-baru ini.

Selain Syed Abdul Aziz, majlis yang bersifat interim ini turut dianggotai oleh dua orang pengurus kanan Bank Rakyat iaitu Ketua Pegawai Kewangan, Nor Haimee Zakaria dan Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan, Abdul Razak Abu Bakar.

Penubuhan Majlis Eksekutif (Executive Council) telah dilaksanakan sejak 27 Februari 2019 bagi melaksanakan tugas Pengarah Urusan/Presiden sehingga lantikan baharu diumumkan.

Majlis ini adalah bagi memastikan operasi Bank berjalan seperti biasa dan terus menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan tanpa menjejaskan perniagaannya. - UTUSAN ONLINE