BANGUNAN Bursa Malaysia di Jalan Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.



Bursa Anywhere merupakan perkhidmatan depositori mudah alih yang pertama di ASEAN dan kedua di Asia selepas Taiwan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, Bursa Anywhere akan menjadi satu pusat henti bagi pelabur runcit untuk menguruskan semua perkara melibatkan akaun CDS mereka.

Katanya, pelabur berdaftar akan boleh menyemak baki pegangan saham di dalam akaun CDS dan nilai pasaran selain akses serta muat turun penyata akaun bagi 12 bulan.

“Kami menyasarkan untuk memberi pengalaman ini kepada hampir dua juta pemegang akaun CDS, menyediakan akses informasi diperlukan termasuk pergerakan dan trend yang bakal membuka kepada kemungkinan baharu,” katanya dalam majlis pelancaran Bursa Anywhere, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE